Monday 2 June 2014

Dongakkanlah Wajahmu


Assalamualaikum. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Saya ingin kongsikan sebuah kisah, semoga menjadi pedoman buat kita dalam
mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t. Kisah ini mengenai seorang pekerja buruh
binaan dengan majikannya. Suatu masa sedang si pekerja melakukan kerja di
bahagian bawah bangunan dia melihat banyak wang syiling emas di atas lantai.






Pekerja itupun apa lagi, mengutip semua wang tersebut dengan gembira.
Dia mengutip semua wang tersebut dan berbisik dalam hatinya,

"untung aku hari ni".

Tiba-tiba beberapa anak batu terkena kepalanya. Dia lalu mendongakkan wajahnya
ke atas. Dia melihat majikannya yang membaling batu dari atas bangunan yang sedang
disiapkan pembinaan itu.

Majikan dialah yang membuang wang-wang itu dengan harapan pekerja itu
mendongak ke atas kerana majikan ingin memberi isyarat kepada pekerja
itu untuk naik ke atas menyiapkan sedikit kerja. Keadaan tapak pembinaan yang
bising menyebabkan pekerja tidak mendengar suara majikannya memanggil. Setelah
kehabisan wang dalam seluarnya majikan menggunakan batu bagi memanggil
pekerjanya.





Pekerja itu terus mendongakkan wajahnya apabila sakit terkena anak batu
tetapi leka semasa mengutip syiling wang emas. Jangan kita menjadi begitu dalam
kehidupan seharian. Kita hanya menadahkan tangan apabila kita susah bagi
meminta pertolongan kepada Allah s.w.t tetapi melupakan Dia apabila kita mendapat
rezeki yang melimpah.




No comments:

Post a Comment

About

Like Us