Friday 23 May 2014

MH370: Satu Pengajaran





Sudah lebih dua bulan semenjak negara digemparkan dengan peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Semua orang sedih dan terkejut dengan kejadian misteri ini serta menghargai segala usaha daripada semua pihak yang bertungkus lumus dalam misi mencari dan menyelamat kali ini. 



Peristiwa ini turut memberi pengajaran kepada saya betapa bumi Allah s.w.t ini lebih luas dari apa yang saya bayangkan. Kemudahan teknologi internet hari ini membuatkan saya rasa dunia yang luas ini menjadi dekat. Saya boleh berhubung dengan sesiapa sahaja dan melihat banyak tempat yang jauh tanpa perlu pergi ke sana.



Namun, kapal terbang yang begitu besar menjadi sebatang jarum di lautan. Betapa agung ciptaan Allah s.w.t., Maha Suci Allah yang Maha Agung dan betapa kerdilnya kita. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan, kita tidak tahu keadaan sebenar ataupun keadaan semasa nasib penumpang serta kru kapal terbang MH370. Harapan saya, segala usaha diteruskan dan semua orang mendoakan terbaik untuk mereka yang menjadi mangsa juga ahli keluarga.



Saya melihat banyak usaha doa diadakan di seluruh negara bagi memohon pertolongan Allah s.w.t agar segala misi menyelamat membuahkan hasil. Begitulah sepatutnya kita sebagai manusia, makhluk  dan hamba-Nya. Selepas peristiwa MH370 saya melatih diri untuk sentiasa berdoa kepada Allah  s.w.t walaupun di waktu senang agar Allah s.w.t mudah memakbulkan doa saya di waktu susah.



Doakan MH370.





Read more ...

About

Like Us