Wednesday 4 June 2014

Alunan Ayat Cinta




Assalamualaikum. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w
keluarga dan para sahabat baginda.


Apa yang kita lakukan bila berkasih? Pasti ingin selalu berhubung dengan orang
tersayang. Setiap kali sebelum tidur pasti hantar sms dulu. Baca sms si dia dengan
senyuman dan hati berbunga. Semuanya indah kerana kita mencintainya. Allah s.w.t.
Tidakkah kita mencintai Allah s.w.t. Dia-lah kekasih kita, ambillah Al-Quran itu lalu
bacalah firman-Nya. Kita membuka mushaf Al-Quran itu, di hadapan  kita sekarang
adalah ayat-ayat Allah yang Maha Agung. Bacalah ayat kekasih kita sebelum kita tidur.







Mata melihat ayat Al-Quran, mulut menyebutnya dan telinga kita mendengar
alunannya. Alangkah tenangnya, alangkah indahnya. Rupa-rupanya ketenangan
yang kita cari selama ini ada di depan kita. Terasa dekatnya dengan Allah s.w.t dan
betapa menyesalnya selama ini melupakan Al-Quran.

Hati dicengkam rasa bersalah dan teringatkan dosa-dosa yang selama ini kita lakukan.
Air mata mengalir di pipi,
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba dan juga ibu bapa hamba".
Read more ...

Monday 2 June 2014

Dongakkanlah Wajahmu


Assalamualaikum. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Saya ingin kongsikan sebuah kisah, semoga menjadi pedoman buat kita dalam
mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t. Kisah ini mengenai seorang pekerja buruh
binaan dengan majikannya. Suatu masa sedang si pekerja melakukan kerja di
bahagian bawah bangunan dia melihat banyak wang syiling emas di atas lantai.






Pekerja itupun apa lagi, mengutip semua wang tersebut dengan gembira.
Dia mengutip semua wang tersebut dan berbisik dalam hatinya,

"untung aku hari ni".

Tiba-tiba beberapa anak batu terkena kepalanya. Dia lalu mendongakkan wajahnya
ke atas. Dia melihat majikannya yang membaling batu dari atas bangunan yang sedang
disiapkan pembinaan itu.

Majikan dialah yang membuang wang-wang itu dengan harapan pekerja itu
mendongak ke atas kerana majikan ingin memberi isyarat kepada pekerja
itu untuk naik ke atas menyiapkan sedikit kerja. Keadaan tapak pembinaan yang
bising menyebabkan pekerja tidak mendengar suara majikannya memanggil. Setelah
kehabisan wang dalam seluarnya majikan menggunakan batu bagi memanggil
pekerjanya.





Pekerja itu terus mendongakkan wajahnya apabila sakit terkena anak batu
tetapi leka semasa mengutip syiling wang emas. Jangan kita menjadi begitu dalam
kehidupan seharian. Kita hanya menadahkan tangan apabila kita susah bagi
meminta pertolongan kepada Allah s.w.t tetapi melupakan Dia apabila kita mendapat
rezeki yang melimpah.




Read more ...

About

Like Us