Wednesday 11 June 2014

Menangislah Wahai Mata


Assalamualaikum. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah 
 s.a.w keluarga dan para sahabat baginda.

Kita banyak melakukan kesalahan. Perlakuan yang dilarang oleh Allah s.w.t
kita telah buat kerana kelemahan kita. Kesalahan itu perlu diakui dan dikesalkan.
Lalu apa lagi yang kita tunggu mohonlah ampun kepada-Nya.
Mudah-mudahan Allah s.w.t mengampuni segala kesalahan dan dosa-dosa
kita. Indahnya apabila Allah s.w.t mengampuni setiap dosa kita.




Kita semua ingin disayangi oleh Allah s.w.t dan mendapat pertolongan daripada-Nya
pada setiap ketika terutama ketika susah. Mengapa kita banyak masalah, rezeki
sentiasa sempit dan hati yang tidak tenang? Cubalah bertaubat dari setiap dosa
yang kita lakukan, mohon dengan bersungguh-sungguh sehingga kita menangis di
hadapan Allah s.w.t takut kepada kemurkaan-Nya.

Tersebut dalam kitab, 'Raqaiqil Akhbar': Pada hari kiamat seorang hamba 
dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak,maka dia diperintahkan 
masuk neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata: "YaTuhanku, 
utusan-Mu Muhammad telah bersabda,"Barangsiapa menangis kerana takut
kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam neraka". Dan sesungguhnya 
aku telah menangis kerana takut kepada Engkau". Lalu Allah s.w.t mengampuni 
dan menyelamatkannya daripada api neraka berkat sehelai rambut. 
Kemudian Jibril a.s mengumumkan "Fulan bin Fulan telah selamat berkat sehelai rambut".
-dipetik dari buku Penenang Jiwa (Pengubatan dan Perawatan), 
penterjemah Muhammad Qadirun Nur.

Lembutkanlah hati kita yang keras itu. Sabun dapat membersih pakaian dari kekotoran
begitulah taubat dapat membersihkan hati dari dosa. Semua orang ingin menjadi baik,
baik kepada Allah s.w.t sebagai hamba-Nya, baik kepada ibu bapa sebagai anak dan
kepada sesiapa sahaja kerana hubungan sesama mausia.






Taubat tidak semestinya diatas sejadah atau selepas solat. Dimana sahaja bila kita
bersalah kita perlu mengakui kesalahan itu dihadapan-Nya lalu memohon ampun.
Istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Mengharapkan sungguh-sungguh
agar Allah s.w.t mengampuni dosa-dosa kita.






1 comment:

About

Like Us