Sunday 25 May 2014

Harga Ketenangan


Assalamualaikum. Alhamdulillah dan salam sejahtera ke atas Rasulullah, keluarga dan para sahabat baginda.

Kehidupan hari ini sangat mencabar. Itulah apa yang saya rasakan. Pelbagai perkara yang diperlukan untuk kelansungan hidup dan banyak benda kena buat setiap hari. Kita ada tangungjawab yang banyak tambah pula saya seorang yang tidak berapa rajin, suka tidur. Semuanya kadang-kadang menyerabutkan kepala.
  
Melihat pula kepada kehidupan orang lain termasuk kawan-kawan. Macam-macam hal dan keadaan, dengan pelbagai masalah. Ada yang kaya tapi selalu stress dan yang tidak cukup duit lagilah, pening fikir macam mana nak cari duit buat belanja harian. Ada yang menabung atau simpan duit di bank untuk jaminan masa hadapan tapi semakin banyak menyimpan semakin stress kerana sayang untuk megeluarkan duit yang disimpan selama ini.


Ramai orang yang mampu membeli rumah mewah
tapi tidak mampu beli kebahagiaan di dalamnya.

Mampu memiliki pemain bola sepak terkenal dunia
tapi tidak mampu membeli kemenangan yang dihajati.

Mampu mendapatkan rawatan dari doktor pakar
tapi tidak mampu membeli kesembuhan.


Pada saya, kaya atau miskin, kuat atau lemah, orang biasa atau raja semuanya memberi kebaikan kepada kita asalkan kena caranya. Apabila kita lebih kita bersyukur, merendah diri sepatutnya dan membantu yang kurang. Apabila kita kurang kita sabar, bekerja dengan bersungguh dan mengelakkan diri dari perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.


Dengan itu akan datanglah ketenangan kepada kita dan setiap hari kita berasa sangat bersyukur, dilahirkan kedunia, bahagia disamping keluarga dan dicukupkan keperluan. Betapa indah kehidupan seorang mukmin yang bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila diuji. Apabila kita mendapat ketenangan kita merasa cukup dan kitalah yang paling kaya. Kaya jiwa dan penuh ketenangan. Kehidupan menjadi lebih indah dan sentiasa indah sehingga kemuncak keindahan adalah di syurga. Dengan izin Allah s.w.t dan rahmat-Nya.

Pada saya ketenangan tidak ada harganya, ianya anugerah dari Allah s.w.t.





No comments:

Post a Comment

About

Like Us