Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada
Allah s.w.t dan selawat serta salam keatas
junjungan besar nabi Muhammad s.a.w juga
keluarga serta para sahabat baginda
seluruhnya.
Pada saya, ramadhan merupakan sebuah
perjuangan. Perjuangan yang tidak kurang
hebatnya. Disinilah lahirnya sang wira dan
disinilah kecundangnya seorang hamba.
Perhatikan diri kita, adakah ramadhan
merupakan bulan yang kita suka, menunggu
kedatangannya dan melalui dengan tenang.
Ataupun inilah bulan yang paling leceh bagi
kita, tidak dapat makan dan minum di siang
hari.
Ramadhan sebagai satu medan peperangan.
Dimana manusia berperang dengan nafsu
mereka sendiri. Inilah suatu peperangan yang
besar. Bermula dengan bangun sahur.
Rasulullah s.a.w ada mengatakan bahawa
dalam sahur ada keberkatan. Keberkatan
sesuatu yang sangat berharga dan sangat kita
perlukan. Namun kita sering tewas dengan
tidur. Keberkatan yang sangat berharga telah
kita murahkan dengan nafsu.
Seterusnya sepanjang tempoh berpuasa kita
bertarung lagi. Menahan lapar dan dahaga
serta lidah dari berkata nista. Adakah kita
berpuasa dari makanan dan minuman tetapi
berbuka dengan umpatan dan kejian. Tibalah
saat kemuncak iaitu waktu berbuka. Kadar
makanan dan minuman perlulah sederhana
agar nikmat berpuasa dapat dirasa dan hati
menjadi lebih rajin serta bersemangat untuk
beribadah misalnya solat terawih dan baca al
quran.
Cubalah ambil pengajaran daripada keadaan
saudara kita di Palestin. Mereka terpaksa
berperang demi
agama dan negara walaupun pada bulan
ramadhan. Mungkin kita rasa kita tidak
sehebat mereka tetapi ambillah contoh dari
ketabahan rakyat palestin.
Marilah sama-sama meningkatkan kualiti amal
di bulan mulia ini. Allah dan Rasul memuliakan
bulan ini, jika kita mencintai Allah dan Rasul
kita juga pasti memuliakannya.
No comments:
Post a Comment